Termodinamik Asas

RM40.00

Category: Tag:

Description

Termodinamik ialah satu cabang sains asas yang berkaitan dengan pengajian tenaga. Pengajian termodinamik dianggap abstrak kerana melibatkan banyak prinsip dan falsafah. Justeru, buku ini menghuraikan penggunaan teori dan konsep asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan termodinamik asas. Bab yang dibincangkan meliputi konsep asas yang digunakan dalam pengajian termodinamik. Antara perkara yang dibincangkan ialah istilah yang lazim digunakan dalam bidang termodinamik, unit asas, sifat bahan tulen, tenaga, haba dan kerja, hukum pertama termodinamik bagi sistem tertutup dan sistem terbuka, hukum kedua termodinamik, dan entropi. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pembaca, contoh masalah dan penyelesaiannya disertakan. Penyelesaian ini diterangkan secara teratur dan disertakan dengan lakaran sistem yang berkaitan untuk menambahkan pemahaman pembaca. Pada akhir setiap bab disertakan latihan untuk menguji kefahaman pembaca.

Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar tahun satu atau tahun dua kursus ijazah atau diploma Kejuruteraan, terutamanya Kejuruteraan Mekanikal di institusi pengajian tinggi serta sebagai bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat tentang pengajian termodinamik.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.