Description
Kebiasaannya perbuatan membodek bos atau mengampu bos dilihat sebagai perbuatan yang negatif. Kebanyakan kaki bodek atau pengampu bos ini sememangnya tidak akan disenangi rakan sekerja yang lain.
Tip Menambat Hati Bos menampilkan tip yang positif dalam kaedah untuk “membodek bos”. Semua individu mampu untuk melakukannya tanpa mengambil kira latar belakang akademik dan pengalaman bekerja. Perkara ini akan dapat membentuk suasana kerja yang lebih positif dalam sesebuah organisasi di samping keharmonian sesama pekerja.
Melalui buku ini, setiap pekerja dalam sesebuah organisasi mampu untuk menambat hati bos dan secara tidak langsung, akan berupaya untuk menjadi seorang pekerja yang lebih cemerlang dan berdedikasi. Anda pula bagaimana?