Description
Urus Niaga Al–Bai’ Bithaman Ajil dalam Mekanisme Pembiayaan Tanpa Riba’ adalah sebuah karya yang menjelaskan secara terperinci prinsip pembiayaan dalam urusan pembelian rumah, tanah, kenderaan dan lain–lain. Prinsip urusniaganya lengkap dengan rukun dan syarat sah yang mendasari hukum fiqh mua‘malat Islam. Justeru, pembiayaan al–Bai’ Bithaman Ajil adalah skim pilihan daripada pinjaman konvensional riba yang diamalkan selama ini.
Karya ini cuba menggarap dan mengetengahkan pembiayaan al–Bai’ Bithaman Ajil yang mencakupi proses pembelian aset harta sama ada dengan pemilik asal harta atau pembiaya, proses menandatangani surat perjanjian jual beli melalui peguam, pengiraan jumlah keuntungan dan pembiayaan, pembayaran ansuran bulanan, pemberian muqasah sebagai ihsan dan beberapa masalah yang menghalang kelicinan pelaksanaan ciri hukum mua‘malat Islam.