Wanita, Kerjaya & Kesejahteraan

RM60.00

Out of stock

Category:

Description

Wanita adalah aset yang penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Keupayaan wanita menggalas tugas yang rencam dalam dunia globalisasi kini telah membuka mata dunia yang dahulunya pernah meletakkan martabat wanita di tahap yang amat rendah. Penglibatan wanita secara langsung dalam pelbagai arena kerjaya turut memberi impak dari sudut positif dan negatif terhadap kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Sebagai manusia yang diciptakan dengan fitrah, cenderung untuk mencari kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup. Kesedaran untuk mencapai kesejahteraan hidup telah menjadi perkara yang penting dewasa ini. Namun, apakah panduan dalam menentukan kriteria, panduan dan indikator kesejahteraan atau kebahagiaan hidup? Bagi menjawab persoalan ini, buku ini berusaha menghimpunkan kupasan berasaskan penyelidikan akademik yang memfokuskan tema wanita dalam pelbagai latar kerjaya berdasarkan perspektif Islam. Agama Islam sebagai satu cara hidup telah menyediakan panduan lengkap dan menyeluruh buat panduan menusia melayari kehidupan. Skop perbincangan meliputi kesejahteraan dalam aspek kerjaya, pendidikan, kekeluargaan, keusahawanan dan sebagainya. Diharapkan buku ini dapat mencadangkan kerangka konseptual dan praktikal bagi panduan bukan sahaja buat wanita tetapi juga lelaki dalam usaha menyokong antara satu sama lain demi pembangunan secara holistik.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.