Warisan Seni Bina Stesen Kereta Api di Tanah Melayu

RM50.00

Category:

Description

Sistem pengangkutan kereta api telah wujud lebih 100 tahun di Tanah Melayu. Stesen-stesen kereta api yang dibina di setiap perhentian memainkan peranan penting dalam membentuk kawasan sekeliling. Ia juga mampu mengolah masa depan sesebuah masyarakat seperti memberi peluang pekerjaan serta kehidupan yang lebih baik bagi penduduk setempat. Walaupun stesen-stesen berkenaan telah berusia puluhan tahun, ia harus dipelihara agar sejarah pengangkutan awam di Malaysia ini tidak terkubur. Bangunan-bangunan ini harus dipelihara dan digunakan bersesuaian dengan konsep konservasi.

Secara amnya, bangunan stesen kereta api ini kaya dari segi sejarah dan nilai estetikanya. Kebanyakan stesen kereta api yang wujud di negara ini bertanggungjawab membawa pembaharuan serta perkembangan kepada sesebuah bandar pada tahun awal pembinaannya. Kewujudan landasan kereta api di setiap negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu telah melengkapkan rangkaian kereta api di Tanah Melayu dan telah menggalakkan perhubungan secara terus di antara Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Dengan usia kebanyakan stesen yang sudah hampir seabad, bangunan-bangunan stesen ini telah berjaya melalui pelbagai peristiwa penting pembentukan negara ini terutamanya yang berkaitan dengan penjajahan British dan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Pada tahun 1948, Ordinan Keretapi dikuatkuasakan dan nama Federated Malay States Railways (FMSR) diganti dengan Malayan Railway atau Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang bertanggungjawab terhadap segala urusan kereta api. Pada 23 April 1958, beberapa tanggungjawab KTM khususnya dari segi pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat serta kawalan disiplin dan rayuan pertukaran staf KTM diserahkan kepada Suruhanjaya Keretapi.

Kebanyakan stesen kereta api lama kini berhadapan dengan ancaman usang setelah berdiri megah sejak zaman-berzaman. Sebahagian stesen-stesen ini telah dirobohkan bagi memberi ruang kepada stesen baharu yang lebih canggih berserta perkhidmatan tren double tracking yang berteknologi tinggi. Kebanyakan penduduk tempatan sendiri, terutama generasi muda tidak mengetahui akan sejarah stesen kereta api lama dan bagaimanakah bangunan tersebut telah berjaya mencorak pembangunan ekonomi tempatan sekitar tahun 1930-an? Pembinaan stesen ini telah membawa impak besar ke atas kawasan-kawasan persekitarannya dari segi pembangunan sosial dan ekonomi.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index