This content has been archived. It may no longer be relevant

 

KLON
Pengarang: Idris Boi

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2734-1
  • 400 muka surat
  • RM 37.20
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 37.20
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 40.20
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Kisah kewujudan manusia klon di Washington DC ini bertolak daripada agenda Zionisme yang mahu menguasai dunia melalui pertubuhan Iluminati yang bersekongkol dengan Presiden Amerika Syarikat. Usaha itu dipatahkan oleh Dr. Fakiruddin, graduan lulusan University Harvard dalam bidang biokimia, bioteknologi, dan genetik yang bekerja di makmal kaji selidik tentang embriologi dan genetik.

Dalam konspirasi dunia itu Ryan Smith, ketua Dr. Fakiruddin, dibunuh ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, dan kes disiasat oleh FBI; Dr. Fakiruddin menjadi buruan FBI; di Kota Raya New York berlaku tembak–menembak dan kejar–mengejar antara FBI dengan klon Dr. Fakiruddin. Klon H1A yang diburu FBI menghubungi Dr. Fakiruddin. Dr. Fakiruddin merancang menemui Dr. Susan Lancaster, pakar biokimia dan metafizik serta genetik untuk meminta pertolongan.

Dalam kekalutan itu, muncul pula klon Dr. Susan Lancaster untuk memperdayakan Dr. Fakiruddin, tetapi klon itu juga dibunuh. Dr. Fakiruddin mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia. Presiden Amerika Syarikat, Barrick Sommers yang kecewa kerana kegagalan dalam projek klon serta tewas dalam perebutan kerusi Presiden Amerika Syarikat akhirnya terbunuh oleh konspirasi Iluminati juga.

Dr. Fakiruddin dan Dr. Susan kembali ke Malaysia menemui Perdana Menteri yang berhasrat menggunakan kepakaran kedua–duanya untuk menubuhkan sebuah agensi baharu, khusus dalam bidang genetik, biologi, dan embriologi. Cerita berakhir dengan Dr. Susan Lancaster memeluk agama Islam dan kemudian dilamar oleh Dr. Fakiruddin untuk menjadi isterinya.

BIODATA
Idris Boi dilahirkan pada 3 Mac 1954. Lulusan Senior Cambridge dari St. Joseph Secondary School, Kuching. Memperoleh Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor. Melanjutkan pelajaran di Colombia University, Amerika Syarikat (dalam bidang HRD–1998), Berkeley International University, USA HRD–2000 ) dan Ph.D. di Golden State University, Wyoming, USA (Management-2005).
Menjadi guru sandaran di Sek. Men. Keb. Tun Abang Haji Openg (guru sains dan Inggeris), Pegawai Bank Utama (M) Bhd., Pegawai Eksekutif Pemasaran–Komal Sdn. Bhd., A Kodak Company (USA) Wilayah Sarawak, Editor Utusan Sarawak dan Utusan Borneo, pensyarah sambilan serta penceramah bebas motivasi/keluarga bahagia untuk Jabatan KPSU, Pejabat Daerah, KEMAS, PEMADAM, BTN, dan lain–lain.
Aktif dalam dunia penulisan khususnya sastera Melayu. Pernah menjadi Ketua–II PEKASA, ahli GAPENA. Banyak menulis rencana politik, ekonomi, sosial, budaya dan pembangunan, isu global dan sastera seperti puisi, cerpen, drama radio RTM Kuching, dan novel.
Pernah memenangi Anugerah Shell Kenyalang tiga kali berturut–turut (1994–1996) dalam penulisan esei. Penulis Terbaik AZAM (1994–1996) untuk esei dan jurnalisme, menerima hadiah daripada Jabatan Penerangan Sarawak, Perpustakaan Negeri Sarawak untuk tulisan esei, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (tempat kedua) genre cerpen “Tong Drum”(1994) DBP.
Antara karya yang pernah diterbitkan ialah Antologi Cerpen Meminggir (1997) DBP, novelPermata Desa (2000) DBP, Pelagus–Antologi Sastera Sarawak (2003) DBP, Antologi Puisi Wilayah–Bandaraya 2004: Kota Gemilang Warisan Kita (2004) DBP, Puisi “Lok Cinta” (PEKASA–2007), novel Wasiat Ayah (2005) DBP, Sumpah Anak Bumi (2006) DBP, dan Bujang Senang: Legenda Sebuah Cinta (2008–BUKU PRIMA (Alaf 21).

 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.