This content has been archived. It may no longer be relevant

 

back

Kronikel Etanol
Pengarang: Hafizul Osman

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2732-7
  • 184 muka surat
  • RM 21.20
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 21.20
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 24.20
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Dr. Majmin ditugaskan untuk menyiasat serangan serangga perosak di ladang tebu. Kerosakan dan kemusnahan tanaman tebu bermakna akan membawa kesan terhadap sumber untuk menghasilkan etanol yang digunakan sebagai bahan bakar. Penyiasatan membawa Dr. Majmin ke Perlis, yang kemudian menemukannya dengan suatu kejadian pelik, iaitu kemunculan ulat yang memusnahkan ladang tebu di Chuping hanya dalam satu malam kemudian hilang tanpa dapat dikesan.

Kemunculan Azren atau Farouk yang menghadapi masalah kecelaruan identiti telah menjawab persoalan serangan ulat ini. Bermula dengan menawan seorang anggota polis, sikap Azren bertambah aneh apabila dia bercakap sendirian, yang sebenarnya gejala halusinasi Azren. Kamalia muncul, kemudian bergabung dengan Majmin untuk melakukan penyiasatan di ladang tebu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan Azren.

Pelbagai insiden berlaku di ladang tebu ini. Anggota polis mati secara misteri; sebahagian tebu mempunyai komposisi asid yang berlebihan; pencerobohan, kemalangan demi kemalangan; kadar radio aktif yang tinggi dikesan, sehingga membawa kepada tindak-tanduk Farouk yang mula dicurigai. Kegiatan jahat Farouk/Azren dapat ditumpaskan, dan ini membolehkan penyelidikan diteruskan.

BIODATA
Hafizul Osman dilahirkan pada 21 April 1986. Berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Beliau memiliki Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang pengkarya yang aktif dan pernah menghasilkan tiga buah novel remaja dan sebuah kumpulan cerpen. Sebuah novel fiksyen sains karya beliau bertajuk Misi 2050 telah diterbitkan. Di samping itu, beberapa buah cerpen karya beliau tersiar dalam majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka serta akhbar Berita Harian. Kini, berkhidmat sebagai pembantu tadbir, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.