This content has been archived. It may no longer be relevant

PURANAKILA
Pengarang: Saadiah Ibrahim

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2733-4
  • 224 muka surat
  • RM 24.40
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 24.40
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 27.40
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Erna Bestari seorang aktivis pencinta alam, bertugas sebagai pengurus pengeluaran syarikat memproses kelengkapan elektrik di sebuah industri berteknologi tinggi. Sebelum itu, di Puranakila telah berlaku tragedi ngeri di sebuah kilang yang yang mengorbankan bapa Erna Bestari. Untuk melupakan tragedi itu, Erna Bestari dan ibunya meninggalkan tempat itu serta menugaskan keluarga bapa Haris Hakim menguruskannya. Erna Bestari dan Haris Hakim, iaitu anak angkat ibunya, melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dan teknologi pemprosesan polimer. Setelah bekerja dan menimba pengalaman, mereka membangunkan semula Puranakila.

Pengalaman sewaktu kebakaran tapak pelupusan sampah di Puranakila mengakibatkan Erna Bestari dihinggapi radang paru-paru, dan ini menguatkan keazamannya menyelesaikan masalah pencemaran alam di Puranakila. Dia mewarisi Mini Estet Puranakila daripada datuk sebelah ibunya semasa dia masih kecil.

Dengan bantuan Tuan Haji Syed Hassan dan Tuan Haji Syed Hashim, serta sokongan padu penduduk Puranakila, mereka membangunkan semula Puranakila Polimer. Tapak pelupusan sampah dijadikan kawasan pertanian yang subur, sisa organik diperoses semula menjadi baja, termasuk mengitar semula bahan plastik yang lain. Berkat kegigihan dan ilmu yang dikuasai, bukan sahaja Puranakila maju, malahan negara beroleh manfaat besar daripadanya.

BIODATA
Sa’adiah Hj. Ibrahim pernah menggunakan nama pena Suraya H.I. Dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Karya mula tersiar pada tahun 1978. Bidang penulisan yang diceburi ialah puisi, rencana, berita, cerpen dan novel. Karya tersiar dalam majalah Salina, Kisah Cinta, Muslimah, Dakwah, Berita Minggu, Berita Harian,Mingguan Malaysia, Dewan Pelajar, Dewan Sastera, Buletin Persatuan Penulis Johor, Jendela Selatan, dan lebih kurang 17 buah antologi puisi bersama terbitan Persatuan Penulis Johor, Yayasan Warisan Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, DBPWS).
Buku-buku berjudul: Mendaki Gunung Harapan (DBP-1992), Maizura (DBP-1993), Si Cantik(Fajar bakti-1996), Cinta Putih (DBP-2003), Hati Perempuan (DBP-2007) dan Sejernih Kasih Setulus Kemaafan (YWJ CITRA-2009).
Hadiah yang pernah diterima: Hadiah cerpen Maybank-DBP-2003, Naib Johan sayembara deklamasi puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Johor (1987), Naib Johan sayembara menulis cerpen Johor Persatuan penulis Johor 2004, Johan menulis puisi Johor (DBP)-2004. Hadiah Sastera Darul Takzim 1996, 1999, 2001, 2005 dan 2011.

 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.