This content has been archived. It may no longer be relevant

Transgenik Sifar
Pengarang: Sri Rahayu Mohd Yusop

  • 2015
  • ISBN 978-967-61-2735-8
  • 232 muka surat
  • RM 29.50
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM 29.50
  • Harga Sabah / Sarawak : RM 32.50
  • Bidang Novel
SINOPSIS

Dunia sudah ditelanggami air dan daratan hanya tinggal secebis, lalu manusia menetap di lautan dengan membina stesen–stesen penempatan.

Stesen universiti Skudai, seorang perempuan bersama–sama suami dan anak perempuannya sedang menunggu seorang kanak-kanak lelaki yang diambilnya sebagai anak angkat daripada Futurgen.

Di dasar Laut Timor seorang lelaki yang bernafas bagaikan ikan sedang menghampiri bangkai Cousteaun Star untuk melaksanakan misinya. Peristiwa demi peristiwa dilalui, Subjek Sifar @ Humam cuba mengenal diri, mencari asal usul dan kawajaran dirinya diciptakan.

BIODATA
Sri Rahayu Mohd. Yusop berasal Tanjong Karang, Selangor dilahirkan pada 18 Jun 1976. Beliau memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Kebangsaan Batu 9, Jalan Bomba, Tanjong Karang, Selangor (1983–1988), Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1988–1993), Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1994–1999), seterusnya melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand & Dunedin College of Education, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (1997–1998). Kini, beliau bertugas sebagai Guru Bahasa Inggeris di Sek. Men. Keb. Pandan Jaya, Ampang. Antara karya beliau adalah Bukan Legasi Lalang (2001), Merdekakan Cinta Ratna (2003), Odisi Tanah Kencana (2007), Warisnya Kalbu (2008), Kasih Nan Agung (2009),Impuls/Roh (2010), Bimasakti Menari (2011), Equilibria (2012), Rimba Jiwa(2012) dan Qalam Kalbu (2013).
Beliau juga telah memenangi beberapa pertandingan atau sayembara penulisan peringkat kebangsaan, antaranya Bukan Legasi Lalang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) 2000/2001,Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) 2011, Equilibria memenangi Sayembara Penulisan Novel Fiksyen Sains & Teknologi UTM–Kumpulan Utusan Musim Kedua dan Qalam Kalbu memenangi Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM–PENA–BH 2013 dan juga Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 Kategori A: Buku.

 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.