Tun Abdullah Ayub : Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara 1979-1981)

RM180.00

Category: Tag:

Description

“Tun Abdullah Ayub: Riwayat Seorang Pentadbir” menyusur perjalanan hidup seorang anak kampung bernama Abdullah Ayub yang menempuh pelbagai rentas zaman; zaman pemerintahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun, zaman mencapai kemerdekaan dan zaman mengisi erti kemerdekaan. Semasa kecil, semasa alam persekolahan dan pengajian, semasa menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik hingga selepas bersara, Abdullah ternyata amat cemerlang. Atas kecemerlangan ini, beliau dua kali melangkau kelas, menjadi Ketua API cawangan Dinding, menjadi Presiden GPMS, menjadi Setiausaha The Malay Forum, menerima anugerah Queen’s Scholarship, menjadi Setiausaha Sulit kepada Tunku Abdul Rahman, berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri dan menjawat jawatan penting dalam perkhidmatan awam, iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan akhir sekali Ketua Setiausaha Negara.

Memetik buku berjudul 20 Tokoh Pentadbiran antara lain penulis merumuskan bahawa:

“Nama Abdullah Ayub sering dikaitkan dengan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Prestasi perkhidmatannya yang cemerlang sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dan setelah bersara mewajarkan beliau ditempatkan sebagai salah seorang pentadbir yang terbilang pernah dilahirkan oleh Negara.”

(Siti Ezaleila Mustafa. 2009. 20 Tokoh Pentadbiran. Kuala Lumpur: Medium Publications)

Buku ini sesuai dibaca semua golongan masyarakat, khusus para penjawat perkhidmatan awam, para penyelidik, mahasiswa, dan pelajar dengan matlamat dicontohi dan menjadi pemangkin dalam memupuk sikap dedikasi, bertanggungjawab, berintegriti, dan patriotik demi berkorban dan berbakti untuk negara, agama dan bangsa.

Dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut, Anglo Chinese School (ACS) Sitiawan, Perak dan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak.

Semasa zaman Jepun, menjadi guru bahasa Jepun di Bruas, Perak. Selepas Jepun menyerah kalah, Abdullah melanjutkan pengajian ke Raffles College (kemudian Universiti Malaya) di Singapura. Lulus B.A. (Hons) Singapura dan menjadi penerima ‘Queen Scholar’ pada tahun 1953.

Pada tahun 1954-1971 menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Malaya (sekarang PTD) dipelbagai kementerian, tetapi yang lama di Kementerian Kewangan.

Pada tahun 1958-1959 mengikuti pengajian di Universiti Cambridge, England.

Dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari tahun 1972-1974. Selanjutnya, pada tahun 1974 Abdullah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan Pengerusi KWSP hingga tahun 1978. Pada 1 Januari 1979 Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi NEB (sekarang TNB) dan menamatkan perkhidmatan tersebut pada 3 Januari 1981. Selepas itu, pada tahun 1981 Abdullah dilantik pula sebagai Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam hingga tahun 1991.

Abdullah turut memegang beberapa jawatan sebelum dan selepas bersara, antaranya Pengerusi SPPK Sdn. Bhd. (1971–1984), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Negeri Johor (1971–2011), Pro–Canselor UTM (1998–2011), dan Senator di Dewan Negara (2001–2004).

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index