This content has been archived. It may no longer be relevant
Penghargaan 1
Tajuk buku : Kemampanan Ekonomi Luar Bandar.
Biodata
Mohd Zaki Bin Bahrudin ialah Pensyarah Pusat Pengajian Diploma SPACE UTMKL, UTMSPACE Kuala Lumpur. Beliau berkepakaran dalam bidang perancangan bandar dan wilayah – (kemampanan perancangan dan pembangunan luar bandar, sosioekonomi dan komuniti). Dengan pengalaman dalam bidang berkenaan, beliau pernah dilantik untuk menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam beberapa jawatankuasa seperti berikut:
- Malaysian Institute of Planners Youth Wing (MIPYW) sehingga 2021.
- Pelan Rejuvenasi dan Trasformasi Desa Johor (2016).
- Dasar Pembangunan Luar Bandar (2016-2019).
- Pelan Ekonomi Tempatan Daerah Jerantut (2016).
- Pelan Penstrukturan Semula Kampung-Kampung dalam Bandar Selangor (2018-2019).
- Garis Panduan Perancangan Bandar Berdaya Tahan Bencana di Malaysia (2017-2018).
- Community Based Disaster Informatics for Building a Resilient Cities (2017).
En. Mohd Zaki juga pernah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi sesi perkongsian ‘Bandar Belia Inovasi Perancangan Ruang dan Kemampanan Luar Bandar untuk Belia 2019’ serta panel jemputan bagi MIP Youth Wing Retreat 2020. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam Placemaker Week ASEAN 2019 Kuala Lumpur serta terlibat dengan kajian transformasi ekonomi tempatan komuniti nelayan pesisir pantai di Pengkalan Nelayan Kelanang, Banting sebagai penulis bersama Dr. Khairul Hisyam Kamarudin dari RAZAK Faculty of Technology and Informatics Universiti Teknologi Malaysia.
Antara pencapaian tertinggi yang diperoleh ialah beliau pernah memenangi tempat pertama Pertandingan Hari Habitat Sedunia pada tahun 2013 dan 2016 (semasa menjadi pelajar Sarjana Muda dan Sarjana Falsafah), dijemput menjadi Fasilitator bagi program di bawah Malaysian Institute of Planner seperti Young’s People Lab 2019 dan Petaling Jaya Child Friendly City Conference 2019. Beliau juga merupakan penulis bersama buku Kemampanan Ekonomi Luar Bandar terbitan Penerbit UTM Press (2019). Prinsip hidup beliau ialah “Dahulukan Yang Utama Kesenangan Pasti Jelma”.
Penghargaan 2
Tajuk buku: Tropical Daylighting for Working Environment
Biodata
Dr. Lim Yaik Wah ialah Profesor Madya di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau terlibat dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan, dan penerbitan dalam bidang seni bina lestari dan pemodelan maklumat bangunan (BIM). Beliau ialah ahli lembaga Arkitek Malaysia (LAM) serta Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC). Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarang kepada jurnal antarabangsa berindeks. Selain itu, beliau turut menjadi tenaga pengajar di Pusat MyBIM CIDB.
Antara pencapian tertinggi yang diperoleh beliau adalah beliau pernah dilantik sebagai ketua projek dan ahli projek untuk penyelidikan dalam bidang seni bina, pemodelan maklumat bangunan (BIM) dan prestasi kelestarian bangunan dengan jumlah dana melebihi RM3.5 juta daripada penaja-penaja awam dan swasta. Beliau juga telah menerbitkan lebih daripada 60 artikel, kertas persidangan, bab dalam buku, dan kertas polisi serta telah menerima beberapa anugerah penerbitan termasuklah memperoleh SCOPUS h-index 7. Beliau juga merupakan penilai jemputan untuk jurnal-jurnal berindeks Q1 dan Q2. Prof. Madya Dr. Lim juga pernah menjadi penyelia utama kepada tiga orang pelajar PhD dan tiga orang pelajar PhD yang lain sebagai penyelia bersama.
Beliau berpegang kepada prinsip untuk cemerlang dalam semua perkara yang beliau lakukan serta menghargai semua yang ada dalam hidupnya.
Setinggi- tinggi tahniah kepada pemenang !