Description
AHLI AL–SUNNAH WA AL–JAMAAH & KONSEP IMAM MAHDI merupakan sebuah buku yang membicarakan tentang kedudukan serta latar belakang Ahli al–Sunnah wa al–Jamaah dan mereka yang tergolong di dalamnya di samping membahaskan konsep Imam Mahdi menurut hadis Rasulullah S.A.W secara tuntas. Ia bertujuan menjelaskan siapakah Ahli al–Sunnah dan ciri–ciri yang ada padanya serta membetulkan tanggapan masyarakat terhadap konsep Imam Mahdi yang selama ini sering dieksploitasi oleh masyarakat Islam seluruh dunia terutamanya penganjur–penganjur ajaran sesat. Persoalan Imam Mahdi tidak pernah selesai dibicarakan dan buku ini sekaligus menjawab persoalan benarkah Imam Mahdi itu akan muncul dan siapakah Imam Mahdi yang sebenar menurut Ahli al–Sunnah wa al–Jamaah