Description
Benarlah Ainuddin pejuang bangsa yang ‘degil’:
-Dalam mempertahankan prinsip agar anak bangsanya dapat diperbanyakkan segera untuk memenuhi kuota DEB di UTM, sehingga skala 10:90 berjaya diubah kepada 90:10 dalam masa lima tahun sahaja.
-Dalam menterjemah nilai jati diri Melayu/Islam, kepada pelajarnya sehingga sepanjang 20 tahun khidmatnya beliau berjaya menghasilkan ratusan ribu lulusan UTM sebagai teknokrat Melayu yang kental jati diri.
-Dalam memegang kukuh prinsip perjuangannya, sehingga boleh berkorban rasa walau dikutuk, walau dihina, walau dihentak mejanya, beliau masih tetap boleh bertenang, tersenyum, dan memaafkan semuanya demi menunaikan amanah terhadap kuantiti dan kualiti pendidikan anak bangsanya.
Sesungguhnya negara dan ratusan ribu teknokrat Melayu berhutang jiwa dengan kegigihan dan pengorbanan ikhlas pejuang sejati yang berjiwa besar, lembut tetapi degil berprinsip ini…