Description
Buku ini mengandungi konsep awal Aljabar Moden dan amat sesuai untuk pelajar peringkat Sarjana Muda dan rujukan bagi pelajar peringkat Sarjana. Buku ini memaparkan konsep asas yang perlu diketahui pelajar seperti kumpulan, subkumpulan dan beberapa jenis kumpulan yang biasa termasuk kumpulan kitaran dan kumpulan pilihatur. Buku ini diolah dengan konsep yang jelas dan dilengkapi dengan beberapa contoh. Latihan yang diberikan di bahagian akhir setiap bab menolong pelajar memahirkan diri dengan konsep abstrak yang dipelajari.