Algoritma Genetik dalam Mereka Bentuk Bangunan Hijau Malaysia

RM70.00



Ebook
Category:
ISBN : 9789835218262
Author : Azurah A. Samah, Muhammad Farhin Haron, Hairudin Abdul Majid & Lim Yaik Wah
Published Year : 2022
EBook URL : #

Description

Industri pembinaan adalah salah satu industri yang berimpak tinggi dan menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. Oleh itu, proses pembinaan bangunan hijau juga perlu mengaplikasikan beberapa kaedah hijau atau pasif untuk memastikan proses pembinaan itu sendiri tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar. Arkitek juga perlu mengetahui ciri-ciri bangunan hijau yang perlu diikuti kerana piawaian sijil bangunan hijau adalah berbeza di setiap negara. Antara faktor yang mampu mempengaruhi piawaian ini adalah perubahan iklim dan taraf sosioekonomi negara tersebut. Mereka bentuk bangunan hijau juga terbukti mencabar kerana arkitek perlu mengambil kira keperluan industri terutamanya kos bahan binaan yang terlibat. Kebanyakkan bahan binaan bangunan hijau adalah mahal kerana ianya diperbuat daripada bahan yang mempunyai kadar penyerapan haba yang rendah. Oleh itu, teknologi komputeran diguna pakai oleh arkitek untuk membantu proses menimbangtara keputusan berkaitan pemilihan jenis dan kos bahan. Kebanyakan teknologi komputeran dalam bidang pembinaan fokus kepada modul-modul yang membantu pembinaan bangunan secara digital atau maya. Walaubagaimanapun, untuk mencari bahan binaan hijau yang sesuai untuk rekabentuk bangunan hijau dan pada masa yang sama untuk mengawal supaya kos pembinaan adalah satu tugas yang memakan masa. Ini kerana arkitek akan mengunakan kaedah “cuba jaya” (‘trial and error’) ataupun teknik simulasi yang terbukti ianya proses yang memakan masa. Oleh itu, buku ini mengetengahkan integrasi algoritma pengoptimuman dengan teknologi terkini untuk membantu arkitek memilih bahan-bahan yang sesuai bergantung kepada kerperluan piawaian bangunan hijau yang digunakan. Penggunaan algoritma pengoptimuman adalah alternatif terbaik dalam menghasilkan reka bentuk kerana tidak melibatkan kos tambahan yang terlalu tinggi.