Description
Buku ini membahaskan secara terperinci tentang kelahiran dan perkembangan aliran kepercayaan atau lebih dikenali sebagai ajaran sesat dalam sejarah umat Islam. Turut dibincangkan faktor perkembangan aliran kepercayaan dan penerimaan masyarakat Melayu–Islam di Malaysia terhadapnya. Cabaran aliran kepercayaan ini perlu ditangani dengan hikmah kerana telah terbukti mampu mengancam keselamatan rakyat dan Negara. Maklumat tentang Aliran Kepercayaan ini Perlu disebarluaskan untuk pengetahuan masyarakat umum agar umat Islam di Malaysia khasnya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh penganjur ajaran sesat. Sehubungan itu, buku ini turut menyenaraikan beberapa aliran yang telah diwartakan salah oleh Majlis Fatwa Negeri mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan untuk makluman Masyarakat.