Description
Buku ini merupakan sebuah buku yang telah dihasilkan dan disusun secara komprehensif
berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman penulis dalam bidang kaunseling. Pada
hakikatnya, para kaunselor dan pengamal kaunseling di Malaysia hendaklah memainkan
peranan mereka secara profesional dan berkesan dalam proses menolong klien bagi mencapai
matlamat kaunseling yang diberikan. Oleh hal yang demikian, buku ini memberikan
pendedahan kepada para pembaca tentang asas kaunseling, khususnya berkaitan dengan tiga
aspek penting yang perlu dikuasai oleh para kaunselor dan pengamal kaunseling, iaitu teori
kaunseling, kemahiran kaunseling dan proses kaunseling bagi menolong klien secara berkesan
agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sejahtera serta memiliki kesihatan mental yang
baik.
Selain itu, cabaran kaunselor ke arah memperkasa perkhidmatan kaunseling turut
dibincangkan dalam penulisan ini. Garapan bahasa yang diolah secara terperinci dan mudah
berserta contoh-contoh dan ilustrasi telah disajikan bagi menjadikan buku ini lebih menarik
dan mudah untuk dibaca dan difahami. Penulisan buku ini juga dilengkapkan dengan contoh-
contoh kes kaunseling yang relevan. Justeru, buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan,
khususnya kepada para kaunselor di Malaysia, baik yang masih baharu mahupun yang telah
berpengalaman berkhidmat bagi memantapkan profesionalisme kaunseling yang diceburi.
Buku ini juga boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dan pensyarah di kolej, institut
pendidikan guru, institusi pengajian tinggi, para pengamal kaunseling, para pendidik di
sekolah atau mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk mempelajari
pendekatan kaunseling dalam proses menolong secara berkesan.