Cendekiawan Islam dalam Bidang Sains dan Teknologi

RM60.00

Category: Tag:

Description

Cendekiawan Islam dalam Bidang Sains & Teknologi ini mengandungi 10 bab yang membincangkan pencapaian besar para sarjana dan intelektual Islam serta cabaran yang dihadapi sebagai Tokoh Saintis Muslim. Secara amnya, buku ini mengupas dan mengetengahkan beberapa nama besar sarjana Islam mengikut zaman dalam pelbagai bidang seperti psikologi, sosiologi dan ekonomi, perubatan, kejuruteraan, sains nuklear dan sebagainya yang didorong oleh faktor wahyu atau al-Quran. Kesarjanaan tokoh-tokoh ini adalah bukti kemukjizatan al-Quran sebagai pencetus ilmu dalam peradaban manusia. Buku ini disusun mengikut tahun kemunculan cendekiawan muslim bermula daripada zaman awal sehingga zaman moden. Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah Haly Abbas atau Ali Abbas, al-Jazari, Ibnu khaldun, APJ Abdul Kalam,  Zaghloul El-Naggar, Mahbub ul-Haq, Abdul Qadeer Khan,  Atta-Ur-Rahman dan  Abdul Aziz Rantisi. Bab-bab dalam buku ini mengisahkan serba sedikit biografi dan sumbangan mereka dalam peradaban manusia sehingga mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Topik yang disusun dalam buku ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pembaca tentang sumbangan besar sarjana Islam dalam bidang Sains dan Teknologi dan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan umum kepada masyarakat umum.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.