Dasar Pertanian Negara: Perlaksanaan Pembangunan Tanah Padi

RM45.00

Category: Tag:

Description

Keluasan tanah sawah yang semakin berkurangan di kawasan Muda Agriculture Development Authority (MADA) dikhuatiri akan mengurangkan produktiviti beras negara. Fenomena ini selari dengan kerancakan sektor pembandaran di kawasan pembangunan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Tanah padi yang berada di pinggir Bandaraya Alor Setar dilihat sangat mudah dipengaruhi untuk ditukar syarat kepada jenis guna tanah yang lain.
Buku ini memaparkan bagaimana dasar kerajaan seperti Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Fizikal Negara (PFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Kedah mempertahankan tanah padi di sekitar Bandaraya Alor Setar selain kawasan yang diwartakan sebagai kawasan pembangunan MBAS daripada ditukar syarat. Selain itu, buku ini turut memperlihatkan Bandaraya Alor Setar bukan sahaja mampu mengatasi masalah rebakan bandar bahkan mampu memelihara dan memulihara tanah sawah sekiranya semua pihak yang terbabit merealisasikan apa yang digariskan dalam dasar-dasar berkenaan, terutamanya Dasar Pertanian Negara.
Buku ini diharap dapat menjadi rujukan bagi penggubal dasar berkaitan pembangunan tanah, para Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta Pegawai Tadbir Negeri, pihak Berkuasa Tempatan dan para pelajar dalam bidang berkaitan demi meningkatkan kesedaran untuk menjaga kepentingan warisan negara dan makanan ruji kita.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.