Description
Buku ini adalah bahagian pertama dari siri buku Elektronik Asas. Ia ditulis bertujuan untuk menjelaskan konsep-konsep penting dalam memahami bidang elektronik. Penekanan telah diberikan kepada memahami prinsip litar, teorem-teorem berkaitan litar arus terus (A. T) dan analisis yang berkaitan dengannya. Buku ini dimuatkan dengan berbagai-bagai bentuk contoh penyelesaian berkaitan analisis litar A.T dan A.U.
Kandungan buku ini disusun sebagai bahan pengajaran bagi pelajar peringkat Sarjana Muda Sains Industri (Fizik) di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Walaupun begitu, buku ini dapat juga dijadikan sebagai bacaan asas atau rujukan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan, terutamanya kejuruteraan elektrik di peringkat universiti, kolej dan politeknik.