Description
Buku Guru Teknikal Berkualiti Pemacu Transformasi TVET Negara mengupas kepentingan peranan guru teknikal dalam membentuk tenaga kerja mahir selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan transformasi pendidikan TVET di Malaysia. Ia merangkumi lima bab utama yang membincangkan pelbagai aspek penting, termasuk kompetensi guru teknikal, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK), kemahiran pengajaran abad ke-21, serta kerangka pengajaran yang efektif. Penekanan diberikan kepada isu dan cabaran dalam pendidikan TVET serta keperluan guru dalam menguasai pengetahuan, kemahiran teknikal, dan sikap profesional.
Selain itu, buku ini mengetengahkan pendekatan pengajaran moden yang berasaskan teknologi dan pedagogi interaktif bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar TVET. Buku ini sesuai sebagai rujukan bagi tenaga pengajar TVET, pelajar bidang pendidikan teknikal, dan pembuat dasar dalam memperkasa sistem pendidikan vokasional di Malaysia ke arah kecemerlangan global.