Description
Ḥiyal merupakan satu bentuk solusi yang banyak di aplikasi bagi penawaran produk kewangan dalam perbankan Islam di Malaysia. Kontrak yang berasaskan ḥiyal menyumbang kepada kelestarian institusi perbankan Islam Malaysia sehingga hari ini. Ḥiyal juga memberikan alternatif kepada pihak bank untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan perbankan Islam bagi dari pelbagai sudut; termasuk perolehan keuntungan dan pembiayaan yang selari dengan prinsip Syariah. Buku ini secara keseluruhannya menghuraikan tentang konteks aplikasi ḥiyal dalam institusi perbankan Islam di Malaysia dengan memfokuskan perbincangan dalam penawaran produk deposit berasaskan kontrak tawarruq selain turut membincangkan konsep ḥiyal dari sudut pandang sarjana Islam. Selain itu, turut dibincangkan dalam buku ini berkaitan isu-isu ḥiyal yang terkait dalam operasi kontrak tawarruq di perbankan Islam dan mekanisme kawalan risiko isu Syariah berkaitan ḥiyal dalam operasi kontrak tawarruq dalam perbankan Islam Malaysia.