Hudud Dalam Fiqh Islam

RM12.00

Category: Tag:

Description

Penulisan buku ini, bertujuan untuk mengungkapkan bahawa undang–undang jenayah hudud itu ialah undang–undang yang diaturkan oleh kebijaksanaan Allah yang mengetahui tabiat dan naluri manusia ciptaan–Nya. Ia bukan undang–undang yang sesuai di zaman unta dan masyarakat padang pasir sahaja, bahkan ia sentiasa releven sepanjang zaman, di mana kita akan memperoleh keyakinan bahawa undang–undang jenayah hudud ciptaan Allah sahajalah yang mampu menyelamatkan tamadun manusia daripada keruntuhan akhlak dan kemusnahan sosial akibat kebebasan perlakuan jenayah seks, mencuri, merompak, menceroboh, meminum minuman yang memabukkan dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika undang–undang jenayah hudud Islam hendak dilaksanakan, ia haruslah berasaskan sumbernya yang utama, iaitu al–Quran dan al–Sunnah. Bukan semata–mata berasaskan kepada satu mazhab tertentu, sebaliknya hendaklah dengan mengkaji seluruh mazhab dalam fiqh Islam termasuk mazhab al–Zahiri dan Syi’ah. Bahkan kita tidak perlu lagi merujuk pendapat pakar perundangan Barat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Ini kerana pendapat dan pandangan mereka tidak sesuai dengan aqidah, keimanan dan adat kita. Justeru buku ini turut menjelaskan tentang persoalan apakah hukuman dalam Islam itu kejam? Dan mengapakah Islam menghukum rejam terhadap penzina yang muhsan hingga mati, sedangkan hukuman bunuh hanya sesuai dihukum kepada pembunuh sahaja. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pencinta undang–undang jenayah hudud Islam.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index