Psikologi Pendidikan

RM65.00

Category: Tag:

Description

Buku Psikologi Pendidikan ini memberikan panduan secara komprehensif kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pendidikan. Bagi pelajar bidang pendidikan, buku ini dapat memberikan pemahaman dan pendedahan kepada mereka tentang perbezaan ciri-ciri tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah, penggunaan pelbagai kaedah atau model pembelajaran, masalah yang dihadapi dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di sekolah, pertimbangan dalam penyediaan kurikulum dan hasil pembelajaran. Buku ini turut membincangkan penerapan prinsip psikologi pendidikan di dalam kelas. Perbincangan yang menyeluruh tentang pembangunan manusia, aplikasi teori kognitif dalam kepelbagaian pembelajaran, strategi pengajaran dan persekitaran yang berkesan serta penilaian pembelajaran pelajar dilihat amat berguna untuk memahami minda pelajar dan melihat implikasinya dalam pendidikan. Buku ini berusaha menghuraikan gambaran tentang manusia dalam konteks pendidikan sehingga ia dapat dibangunkan menjadi insan yang berpotensi dalam pembangunan bangsa. Buku ini diharapkan dapat membantu pelajar universiti dan para pendidik serta individu yang berminat untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang psikologi pendidikan.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.