Interaksi Harta dalam al–Quran: Pengertian, Pengumpulan dan Pemanfaatan

RM22.00

Category: Tag:

Description

Buku ini membincangkan konsep harta atau ‘al–Mal’ mengikut perspektif al–Quran. Al–Quran menegaskan bahawa harta adalah hak milik Allah secara mutlak yang diamanahkan kepada manusia sebagai hamba dan khalifah–Nya untuk memastikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Pengertian harta dihurai berdasarkan kepada istilah yang digunakan dalam al-Quran. Kepelbagaian istilah yang membawa maksud harta dalam al-Quran memperlihatkan kepentingan harta dan kegunaannya mengikut situasi yang berbeza dalam kehidupan manusia. Pengumpulan dan pemanfaatan harta menjelaskan prosedur dan peraturan yang mesti diikuti oleh manusia ketika mencari dan menggunakan harta. Interaksi al–Quran mengenai harta diharap memberikan gambaran dan panduan kepada umum mengenai persoalan harta, cara pengumpulan dan pemanfaatannya dalam kehidupan harian mengikut etika yang ditetapkan dalam al–Quran. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, khususnya dalam bidang ekonomi Islam dan juga pembaca yang berminat untuk meneliti kaedah tafsir tematik (Maudu’i) yang mengelaskan interaksi harta dalam al–Quran.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.