Description
Buku ini memberikan penerangan berkenaan enjin yang biasa digunakan pada pesawat udara dan proses yang terlibat. Justeru, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang membincangkan tentang jenis enjin pesawat udara dan sejarah perkembangan loji kuasa pesawat udara serta termodinamik, mekanik bendalir, dan pembakaran; jenis enjin pesawat udara, iaitu enjin salingan dan enjin turbin gas serta komponennya dan analisis kitar yang berkaitan; dan emisi yang keluar dari enjin pesawat serta kesannya ke atas persekitaran. Turut dibincangkan juga keempat-empat masalah utama pencemaran udara seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon, pemanasan global, dan asbut fotokimia. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pembaca, contoh masalah berserta penyelesaiannya disertakan dan diterangkan secara teratur supaya pembaca dapat mengikuti dan memahaminya dengan lebih mudah. Di akhir bab, juga disertakan latihan untuk menguji kefahaman pembaca.
Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi serta sebagai bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat mendalami sistem pendorongan pesawat udara.