Description
Buku ini membicarakan mengenai Jiwa dari Perspektif al-Quran. Perkara yang menarik mengenai buku ini ialah bagaimana usaha penulis membuat analisis kandungan terhadap empat perkataan yang menurut Imam al-Ghazali adalah unsur-unsur yang ada pada jiwa manusia iaitu perkataan al-ruh, al-qalb, al-nafs dan al-aqal (QRAN). Setelah dikumpulkan keempat perkataan ini, penulis telah merujuk kepada kitab-kitab tafsir untuk membina tema-tema yang sesuai. Hasil analisis mendapati bahawa Allah SWT telah menjawab persoalan apakah yang dimaksudkan dengan jiwa manusia dan kaitan keempat unsur ini di antara satu sama lain serta bagaimana manusia berinteraksi dengannya. Kajian juga mendapati ciri-ciri dan karakter QRAN boleh dikategorikan secara umum kepada ciri baik dan ciri buruk, jiwa yang sihat dan jiwa yang sakit. Malah, Allah SWT juga telah menjelaskan bagaimana mahu merawat jiwa yang sakit melalui ibadah- ibadah yang telah disyariatkan kepada manusia. Buku ini amat sesuai dibaca dan dirujuk oleh para kaunselor, ahli psikologi, ahli terapi, dan orang awam yang ingin memahami kekuatan dan kelemahan jiwa dari perspektif al-Quran.