Description
Protokol Pemikiran Bersuara atau Thinking Aloud Protocol (TAP) merupakan salah satu kaedah kajian yang boleh digunakan untuk mengutip data daripada responden. Kaedah kajian ini sesuai untuk mengutip data tentang proses pemikiran responden seperti penyelesaian masalah, pemahaman, pembacaan, perwakilan minda dan sebagainya. Buku ini memperkenalkan TAP ini kepada pembaca yang berminat untuk menjalankan kajian berkaitan pencerapan pemikiran khasnya dalam bidang sains kognitif. Buku ini memuatkan penjelasan secara teori tentang kesahan dan kebolehpercayaan TAP sebagai satu kaedah kajian, serta bagaimana untuk menggunakan kaedah ini dalam mengutip data pemikiran responden. Beberapa contoh TAP juga disediakan khasnya dalam penyelesaian masalah Fizik sekolah bagi memudahkan pemahaman pembaca.