Description
Buku ini ditulis berasaskan kepada penyampaian kuliah, ceramah, dan perbincangan penulis ke atas tajuk seperti Leadership in Higher Education, Preparing for Leadership in Institutions of Higher Learning, High Performing Organisations and Leadership to Spearhead Change, Academic Leadership: What It Takes to be a Dean, Towards Excellent Academic Leadership, Leading and Managing for High Performance, dan Turnaround Leadership for Higher Education. Kesemua program tersebut dijalankan dalam beberapa siri Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Skim Perkhidmatan Pendidikan DS52/TK5 serta Bengkel Kepemimpinan untuk beberapa kumpulan pensyarah di empat buah universiti, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Teknologi Tun Husein Onn (UTHM), dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di antara tahun 2005 hingga 2015. Tujuan penyampaian ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pensyarah, khususnya mereka yang memegang jawatan akademik mengenai aspek kepemimpinan yang perlu mereka kuasai supaya mereka dapat melaksanakan amanah yang digalas dan dipikul dengan sebaik mungkin.