Keseimbangan Alam Sekitar dan Pembangunan Komuniti Johor

RM62.00

Category: Tag:

Description

Seiring dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan infrastruktur negara, keperluan bagi menyeimbangkan kelestarian alam sekitar juga perlu dititikberatkan. Buku ini mengandungi 10 bab yang mengupas tentang isu dan kesan alam sekitar serta pelaksanaan aktiviti libatsama komuniti  ke atas pengurusan alam sekitar di beberapa kawasan di Johor melalui platform Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ).  Kandungan buku ini merangkumi kajian kesan pencemaran, teknologi mengesan pencemaran dan inovasi atau kaedah pencegahan pencemaran terutama yang melibatkan sisa pepejal di pelbagai kawasan penempatan. Buku ini turut memaparkan kajian pemeliharaan habitat haiwan yang terancam. IISJ atau kini dikenali sebagai Lembah Inovasi Johor (JIVe) merupakan inisiatif kerajaan Negeri Johor bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengetengahkan inovasi, penemuan, idea dan penciptaan baharu supaya ia boleh dimanfaatkan oleh komuniti, industri dan kerajaan Johor. Hasil dapatan kajian  yang dimuatkan dalam buku ini boleh diguna pakai di pelbagai peringkat masyarakat dalam mempraktikkan budaya-budaya baharu dalam pengurusan alam sekitar, khususnya pengurusan sisa di rumah atau di sesebuah kawasan. Buku ini boleh dijadikan bacaan umum dan sumber rujukan bagi penyediaan polisi dan dasar alam sekitar oleh agensi kerajaan.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.