Description
Buku ini mengandungi maklumat mengenai had sinaran dan jarak selamat bagi pendedahan penglihatan ke atas cahaya laser. Turut dimuatkan ialah keterangan bagi langkah-langkah untuk mencegah bahaya sinaran laser dan bekalan voltan tinggi. Ini disusuli pula dengan kaedah mengendalikan komponen optik yang dapat menjanakan kualiti cahaya yang baik. Sehubungan dengan ini, beberapa jenis material optik disenaraikan supaya pemilihan dapat dibuat bertepatan dengan spektrum laser yang digunakan. Kaedah mengorientasi laser melalui bantuan komponen optik yang sepadan turut dibincangkan. Pendek kata, buku ini merangkumi aspek-aspek keselamatan dan kaedah pengendalian laser yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna laser yang meliputi pelajar, penyelidik di institusi pengajian tinggi, pengguna di industri, pengamal bidang perubatan, pertahanan, metrologi dan bidang-bidang lain yang terlibat secara langsung dalam pemakaian laser sebagai sumber tenaga.