Khasiat Tunjuk Langit untuk Perubatan

RM70.00

Category:

Description

Swietenia macrophylla atau lebih dikenali sebagai buah tunjuk langit telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Kajian ini adalah untuk menentukan tiga pemboleh ubah iaitu tekanan, suhu dan saiz partikel bagi pengekstrakan asid linoleik daripada biji buah tunjuk langit dengan menggunakan kaedah pengekstrakan lampau genting karbon dioksida (SC-CO2). Selain itu, penilaian sifat-sifat penyembuhan luka daripada ekstrak biji menggunakan model in vitro juga dikaji. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah permukaan gerak balas atau Response Surface Methodology (RSM) menunjukkan keadaan yang optimum adalah bertekanan 29.02 MPa, 57.88°C dan mempunyai saiz partikel 0.75 mm. Hasil diramalkan sebanyak 20.68% dengan kandungan asid linoleik sebanyak 34.91%. Pengekstrakan Soxhlet daripada biji buah tunjuk langit mengandungi hasil tertinggi iaitu 41.08% dan aktiviti antioksida iaitu 90.14%. Sementara itu, hasil pengekstrakan daripada SC-CO2 ialah 20.07% dengan aktiviti antioksida sebanyak 92.31%. Pada kepekatan 100 mg/mL, ekstrak biji tunjuk langit merencat pertumbuhan bakteria. Ekstrak ini juga merangsang keboleh hidupan sel fibroblas, mendorong kadar migrasi dan menggalakkan sintesis kolagen jenis I secara signifikan. Ciri-ciri ini adalah penting untuk memberi kesan penyembuhan terhadap luka dan pembentukan tisu baru. 

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.