KLON

RM37.00

Category: Tag:

Description

Kisah kewujudan manusia klon di Washington DC ini bertolak daripada agenda Zionisme yang mahu menguasai dunia melalui pertubuhan Iluminati yang bersekongkol dengan Presiden Amerika Syarikat. Usaha itu dipatahkan oleh Dr. Fakiruddin, graduan lulusan University Harvard dalam bidang biokimia, bioteknologi, dan genetik yang bekerja di makmal kaji selidik tentang embriologi dan genetik.

Dalam konspirasi dunia itu Ryan Smith, ketua Dr. Fakiruddin, dibunuh ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, dan kes disiasat oleh FBI; Dr. Fakiruddin menjadi buruan FBI; di Kota Raya New York berlaku tembak–menembak dan kejar–mengejar antara FBI dengan klon Dr. Fakiruddin. Klon H1A yang diburu FBI menghubungi Dr. Fakiruddin. Dr. Fakiruddin merancang menemui Dr. Susan Lancaster, pakar biokimia dan metafizik serta genetik untuk meminta pertolongan.

Dalam kekalutan itu, muncul pula klon Dr. Susan Lancaster untuk memperdayakan Dr. Fakiruddin, tetapi klon itu juga dibunuh. Dr. Fakiruddin mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia. Presiden Amerika Syarikat, Barrick Sommers yang kecewa kerana kegagalan dalam projek klon serta tewas dalam perebutan kerusi Presiden Amerika Syarikat akhirnya terbunuh oleh konspirasi Iluminati juga.

Dr. Fakiruddin dan Dr. Susan kembali ke Malaysia menemui Perdana Menteri yang berhasrat menggunakan kepakaran kedua–duanya untuk menubuhkan sebuah agensi baharu, khusus dalam bidang genetik, biologi, dan embriologi. Cerita berakhir dengan Dr. Susan Lancaster memeluk agama Islam dan kemudian dilamar oleh Dr. Fakiruddin untuk menjadi isterinya

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.