Description
Buku Konsep Kosmologi merupakan teks perkuliahan yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran yang meliputi pelajar muslim dan non muslim. Antara kandungan yang dibincangkan dalam buku ini ialah konsep kosmologi Barat, kosmologi Yunani, kosmologi Islam. Turut dibincangkan tentang peranan Pencipta dalam kosmologi, kehidupan beretika dalam kosmologi, dan keseimbangan kosmos. Buku ini turut menyentuh tentang hubungan manusia dengan alam metafizik seperti manusia dan alam akhirat dan konsep Syurga dan Neraka. Buku ini merupakan rujukan tambahan yang boleh membantu pelajar khususnya yang mengambil kursus umum universiti.