Description
Buku ini mengenengahkan satu kaedah yang lebih sistematik dan tersusun bagi membantu pelajar atau pengaturcara menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah bagaimana hendak mula membina atur cara. Silibus yang disediakan untuk mengajar asas pengaturcaraan adalah lebih banyak menumpukan kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan. Ini didapati menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pelajar memahami teknik yang betul dalam membina atur cara. Masalah yang penting dalam pengaturcaraan ialah mencari logik penyelesaian atau langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah logik pengaturcaraan. Buku ini ditulis dalam bentuk memberi latihan dan memperkenalkan langkah demi langkah proses menyelesaikan masalah logik pengaturcaraan. Ini bermula daripada masalah logik berjujukan yang mudah kepada masalah logik bersyarat dan seterusnya masalah logik yang lebih rumit, iaitu gabungan antara beberapa kaedah. Setelah menguasai teknik penyelesaian logik ini, para pembaca boleh menggunakan sebarang bahasa pengaturcaraan untuk mengkod atur cara. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar peringkat menengah atas, prauniversiti, kursus sijil, diploma dan juga sarjana muda serta sesiapa yang ingin mempelajari kursus asas pengaturcaraan.