Description
Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer merupakan buku rujukan asas yang memberi kefahaman tentang penyediaan lukisan kejuruteraan menggunakan komputer kepada pelajar, pengajar, juruteknik dan jurutera. Sehubungan dengan itu, penekanan asas penyediaan lukisan berkomputer dijelaskan dengan bantuan rajah dan langkah yang diperincikan supaya kefahaman penyediaan lukisan kejuruteraan dapat dihasilkan. Penekanan kepada tajuk asas lukisan kejuruteraan, iaitu Lukisan Geometri, Ortografik, isometrik dan Lukisan mesin dijelaskan penghasilannya dengan bantuan perisian AutoCAD. Di samping asas kepada kefahaman penyediaan lukisan, kaedah penyediaan lanjutan lukisan kejuruteraan dengan berbantukan kaedah pemodelan 3D diberikan dengan jelas supaya kerja penyediaan lukisan kejuruteraan yang rumit boleh diselesaikan dengan cepat dan tepat.Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan di peringkat sekolah, institusi kemahiran dan universiti dalam memberi bimbingan dan langkah penyediaan lukisan berdasarkan kepada standard.