Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh: Keselamatan, Kesihatan, dan Daya Saing dalam Pasaran Global

RM50.00

Out of stock

Category: Tag:

Description

Buku Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh menyediakan liputan yang komprehensif tentang segala maklumat yang diperlukan oleh pelajar dan pengamal untuk menjadi seorang pengurus, jurutera, juruteknik, penyelia, dan pekerja yang banyak pengetahuan tentang keselamatan menyeluruh dan kesihatan. Kerajaan menekankan agar peraturan keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya. Pengguna mahukan produk yang selamat digunakan dan kemudahan tempat menerima perkhidmatan yang selamat. Pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi membolehkan mereka menyumbang khidmat terbaik. Akhir sekali, organisasi mahukan semua pekerjanya memberikan prestasi terbaik sepanjang masa supaya organisasi terbabit mampu berdaya saing dalam pasaran global. Segala kehendak ini memerlukan pendekatan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh (TSM) bagi mengurus persekitaran kerja. Semua konsep asas tentang Pengurusan Keselamatan Menyeluruh dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku ini. Selain itu, perhatian khusus turut diberikan kepada tajuk penting berikut:

Model pelaksanaan TSM
Jawatankuasa Pemandu TSM dan peranannya
Fasilitator TSM dan peranannya
Pasukan projek pembaikan (PPP) dan peranannya
Penubuhan pasukan dan kerja berpasukan untuk keselamatan dan kesihatan
Pembaikan berterusan persekitaran kerja
Penyerahan kuasa kepada pekerja bagi memperbaiki persekitaran kerja
Perancangan strategi untuk keselamatan dan kesihatan
Mengenal pasti dan menghapuskan bahaya keselamatan dan kesihatan

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.