Description
Metodologi Tafsir al-Quran, suatu metodologi penyelidikan ilmiah yang dapat diaplikasikan bersama metodologi penyelidikan sains moden. Buku ini merangkumi enam bab iaitu Pengenalan Metodologi Tafsir al-Quran, Pengertian Metodologi Tafsir al-Quran, Sejarah Perkembangan Metodologi Tafsir al-Quran, Model Metodologi Tafsir al-Quran Secara Umum, Model Metodologi Tafsir al-Quran Secara Khusus, dan Aplikasi Metodologi Tafsir al-Quran Terhadap Metodologi Penyelidikan Ilmiah Sains Moden.Â
Metodologi tafsir secara umum merangkumi dua kaedah iaitu tafsir al-ma’thur dan tafsir bi al-ra’yi. Tafsir al-ma’thur ialah kaedah tafsir yang berdasarkan al-Quran, hadis, pendapat sahabat, dan tabiin. Tafsir bi al-ra’yi (pemikiran/falsafah) pula disebut tafsir ilmi (ilmiah) sesuai dengan aplikasinya pada zaman ini yang pesat dengan perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi.Â
Melalui perkembangan ilmu tafsir al-Quran telah muncul empat kaedah tafsir, iaitu tafsir tahlili (menganalisis sebuah al-Quran), tafsir ijmali (merumuskan sebuah al-Quran), tafsir muqaran (membandingkan beberapa tafsir terhadap sesuatu topik), dan tafsir maudu‘i (memilih satu surah atau topik yang menghuraikan secara integratif dan komprehensif). Kaedah tafsir maudu‘i (tematik) kaedah tafsir yang terkini ini dapat dikaitkan dengan beberapa kaedah penulisan penyelidikan ilmiah, pendekatan tafsir maudu‘i dengan adab ijtima‘i (sosiobudaya), pendekatan tafsir maudu‘i dengan kaedah tekstual dan kontekstual, pendekatan tafsir maudu‘i dengan interdisiplin dan multidisiplin, dan pendekatan tafsir maudu‘i dengan kaedah penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif, juga pendekatan falsafah sains al-Quran turut dibincangkan dalam buku ini. Penerbitan buku ini diharapkan dapat menambahkan khazanah rujukan yang berasaskan metodologi tafsir al-Quran.