Description
Minyak sawit menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia sebagai sumber minyak masak kerana kelebihannya berbanding minyak sayuran lain seperti kaya dengan khasiat pemakanan, sifat yang pelbagai guna, dan harganya yang kompetitif. Walau bagaimanapun, bukan semua minyak sawit yang dihasilkan di kilang pemprosesan minyak sawit dijadikan minyak masak. Banyak hasil sampingan yang terhasil daripada pemprosesan ini yang boleh dijadikan produk lain. Minyak sawit mempunyai potensi yang amat besar untuk dijadikan minyak pelincir mesra alam, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.
Buku ini memfokuskan tentang keupayaan minyak sawit sebagai minyak pelincir industri. Peranan dan keperluan bahan pelinciran serta jenisnya dijelaskan supaya pembaca memahaminya. Teori geseran dan beberapa fenomena umum berkaitan dengan geseran yang sering berlaku ketika dua permukaan bersentuhan dan bergerak; konsep haus yang sering terjadi apabila dua permukaan bergeser dalam masa yang lama dan jenis-jenis haus; serta beberapa uji kaji yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan pelincir turut dibincangkan dalam buku ini. Buku ini sesuai sebagai bahan rujukan umum kepada mereka yang ingin memulakan kajian tribologi dan minyak sawit dalam pengajian mereka.