Description
Bagi kebanyakan orang definisi multimedia adalah salah satu daripada PC yang memainkan suatu permainan atau sebuah ensiklopedia pada CD–ROM. Walau bagaimanapun, aplikasi untuk multimedia ini hanyalah sebahagian daripada gambaran. Dalam buku ini, Steve Heath menerangkan bagaimana teknologi multimedia membawa bersama beberapa produk yang sedia ada seperti PC, telefon dan televisyen, dan menggabungkannya dalam keadaan yang melaluinya sempadan dan definisi yang menjadikan televisyen boleh dikenali akan hilang dengan cepatnya.
Edisi kedua MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI disusun sebagai suatu set tutorial yang menerangkan dalam bentuk mudah teknik asas bagi:
audio dan video berdigit
JPEG dan MPEG
sistem penyampaian untuk multimedia: CD–ROM, LAN dan teknologi ATM dan ASDL yang baru
Kebanyakan bahagian edisi ini telah dikembangkan bagi membolehkan bahannya dikemas kini mengikut perkembangan semasa khususnya maklumat mengenai pemampatan berdigit dan persidangan multimedia.
Kandungan:
Apakah itu multimedia?
Audio berdigit
Video berdigit
Pemampatan gambar berdigit
Pemampatan video berdigit
CD–ROM
POTS/PSTN
ISDN
ADSL
LAN
ATM
Persidangan multimedia
Penyiaran video berdigit
PC multimedia