Description
Author :
ISBN :
Dr. Harichandran:
“Cuba bayangkan, kalau manusia boleh mengembara
ke zaman lalu, terdapatkah jaminan yang pengembara masa
itu tidak akan mengubah sejarah?”
Dr. May Neat:
“Tetapi tidakkah satu kemungkinan juga yang
pengembara masa itu berada pada zaman silam sebagai
sebahagian daripada sejarah? Maksud aku, tiada siapa yang
boleh mengatakan yang pengembara dari masa hadapan tidak
bersama-sama kita sekarang ini. Berkemungkinan besar mereka
hidup dengan kita, dan mungkin ada antara rakan-rakan
kita sebenarnya dari masa hadapan.”
Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan
merupakan manifestasi iltizam membenihi minda kreatif
bagi memanipulasikan daya cipta dan menghilirkan inovasi.
Sebagai wadah stimuli, sayembara ini menguja penerokaan
wilayah sains dan teknologi dengan radas seni susastera.