Description
Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan
mentafsirkannya kepada arahan, dan seterusnya menggerakkan
anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil
daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.
Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yang ingin
memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem Dinara dan
menanam virus di situ. Dan mungkin kerana teknologi itu juga,
Dinara bakal lumpuh.
Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan
merupakan manifestasi iltizam membenihi minda kreatif
bagi memanipulasikan daya cipta dan menghilirkan inovasi.
Sebagai wadah stimuli, sayembara ini menguja penerokaan
wilayah sains dan teknologi dengan radas seni susastera.