Panduan Merawat Pesakit Strok

RM35.00

Category:

Description

Strok merupakan sindrom klinikal dengan gejala dalam bentuk gangguan fungsi otak fokus atau global. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian atau keabnormalan yang berterusan selama lebih daripada 24 jam tanpa sebab lain kecuali gangguan vaskular. Strok juga adalah antara punca utama risiko hilang upaya bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas. Setiap pesakit strok mengalami keadaan berbeza di mana sesetengah mereka mampu menjalankan aktiviti harian secara bebas dan terdapat juga pesakit yang mengalami simptom yang teruk sehingga memerlukan bantuan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Oleh sebab itu, penjaga diperlukan untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian di samping membantu melatih pesakit bagi pulih sepenuhnya.

Untuk mencapai tahap pulih sepenuhnya, pesakit strok memerlukan rawatan pemulihan yang komprehensif. Dalam proses rawatan tersebut, peranan keluarga amat penting sekali. Ianya bermula dari awal penjagaan sehinggalah dalam fasa pemulihan. Keluarga atau penjaga pesakit strok ini harus tahu bagaimana kaedah yang betul untuk merawat pesakit semasa di rumah. Ketika rawatan di rumah, keluarga memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan pesakit untuk berdikari, meningkatkan keyakinan diri pesakit, meminimumkan ketidakupayaan pesakit, dan mencegah serangan semula. Oleh itu, buku ini amat sesuai dijadikan panduan bagi mengetahui kaedah sebenar untuk merawat pesakit strok di rumah yang disarankan oleh pakar perubatan.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 19 × 23 × 2 cm
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index