Description
Buku ini berkisar mengenai aplikasi pemusar jejarian dwi aliran dalam pembangunan sistem pembakar bahan api cecair bagi menghasilkan ciri-ciri pembakaran emisi rendah. Kaedah pembangunan sistem ini, melibatkan komponen-komponen utama seperti reka bentuk kebuk pembakar bahan api cecair, sistem pencampuran bahan api dengan udara, sistem pengabusan bahan api, sistem bekalan udara serta reka bentuk pemusar jejarian dwi aliran yang terdiri daripada gabungan dua pemusar yang bersudut 30˚/40˚, 30˚/50˚ dan 30˚/60˚. Buku ini turut menerangkan mengenai kesan peningkatan nisbah kesetaraan serta sudut bilah pemusar terhadap pembentukan susuk suhu pembakaran, susuk nyalaan dan pembentukan emisi CO, NOX, UHC dan CO2 yang sememangnya menjadi isu utama kepada pencemaran alam sekitar di masa kini. Buku ini sesuai digunakan oleh para penyelidik dan ahli akademik, sama ada di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta serta institusi penyelidikan yang menjalankan kajian yang berkaitan. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada para penyelidik baharu yang berminat untuk menjalankan kajian terutamanya dalam bidang semburan dan pengabusan bahan api cecair, aliran berpusar dan pembakaran emisi rendah. Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca.