Pembangunan Aplikasi Web menggunakan ASP.NET

RM52.00

Category: Tag:

Description

Buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk membangunkan aplikasi web dengan menggunakan ASP.NET. ASP.NET merupakan bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan yang membolehkan pembangun laman web menghasilkan aplikasi web dan servis yang bersifat dinamik. Buku ini juga menerangkan tentang perisian Microsoft Visual Studio 2008 (MVS) yang digunakan untuk membangunkan aplikasi web dan penggunaan navigasi, tema dan Master Page bagi menghasilkan reka bentuk aplikasi web. Selain daripada itu, penerangan tentang pangkalan data, cara membangunkan pangkalan data, penggunaan data dalam pangkalan data, penghasilan laporan menggunakan Crystal Reports dan kawalan ReportViewer, penggunaan kawalan keselamatan, teknologi AJAX dan pemasangan aplikasi web pada pelayan web turut diterangkan dalam buku ini. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada pengatur cara yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan ASP.NET dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan web dan membangunkan aplikasi web menggunakan ASP.NET dengan mudah dan berkesan.

Research Ecosystem
University Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.