Description
China sebuah negara dengan 5000 tahun sejarah ketamadunan ialah salah sebuah negara yang membangunkan kawasan bandar, mempunyai bandar raya dengan saiz terbesar dan bilangan terbanyak di dunia. Walau bagaimanapun, tahap pembangunan bandar di China kelihatan terkebelakang dalam kalangan negara maju industri sejak abad ke-19. Selepas pembentukan Negara Republik Rakyat China (PRC) pada tahun 1949, proses urbanisasi atau perbandaran di China berlangsung secara tidak menentu. Dalam tempoh lebih kurang 30 tahun sebelum permulaan reformasi dan keterbukaan, fasa atau kadar urbanisasi di China didapati terlalu perlahan. Namun demikian selepas proses reformasi dilancarkan, kadar urbanisasi negara China didapati melonjak dengan skala besar dan memperlihat progres sejarah manusia yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Urbanisasi berlangsung dengan lebih pantas di China berbanding negara-negara lain yang turut menjalani proses perubahan yang sama. Justeru buku Pembangunan China di Bawah Pelbagai Model Urbanisasi ini, yang mengandungi 11 bab menceritakan bagaimana proses urbanisasi ini telah berlaku bermula pada tahun 1949 sehingga berjaya sepenuhnya.