Description
Buku ini mengenai kajian mekanisme pembentukan kelas menengah di Beijing, Shanghai dan Guangzhou. Pengajian kelas menengah menjadi isu penting serta kompleks. Pasukan penyelidikan telah menjangkakan cabaran yang besar serta rumit dalam tugasan penyelidikan ini bermula dari peringkat memilih topik ini. Walaupun terdapat banyak kajian mengenai kelas menengah di China, namun pengkhususan tentang kelas menengah yang berpandukan data tinjauan isi rumah berskala besar serta menyeluruh didapati sangat terhad. Mengambil kira keadaan ini, sekumpulan penyelidik telah berbincang secara mendalam dan membuat keputusan untuk menjalankan tinjauan khusus di Beijing, China di mana kelas menengah secara relatif tertumpu dalam mendapatkan data khusus yang berkualiti tinggi untuk menyokong penyelidikan.
Sebilangan besar penemuan yang dibincangkan dalam buku ini didasari kertas kerja akademik atau laporan penyelidikan yang ditulis secara khusus mengenai data tinjauan dari tiga buah bandar raya mega China berkenaan. Diselitkan juga beberapa buah artikel individu menggunakan data dari tinjauan skala besar lainnya. Sebilangan besar artikel dalam buku ini juga telah diterbitkan dalam jurnal akademik peringkat tinggi di China. Malahan beberapa buah jurnal didapati menjadi penyumbang penting dalam penambahbaikan hasil penerbitan.