Description
Buku ini mengupas tentang falsafah, metodologi, dan kurikulum lengkap hukum wuduk beristinbatkan dalil al–Quran, hadis, dan ijtihad para ulama al–shafii. Kekuatan dalil menjadi kerangka utama perbahasan agar keyakinan mantap terpadu dalam diri para pembaca untuk mengimplementasikan wuduk yang paling sempurna melalui penjagaan rukun, sunat, dan adab. Kesungguhan mempraktikkan wuduk yang sempurna seperti ini dapat menjadi pemangkin utama kepada penghayatan solat seterusnya mampu pula meningkatkan takwa dan pengabdian diri kepada Ilahi. Islam juga merupakan agama yang yang mudah, lengkap, dan anjal serta dinamik. Sehinggakan dalam soal pelaksanaan wuduk, kelonggaran diberikan kepada umatnya untuk mempraktikkan pakej wuduk mazhab lain ketika di tempat dan pada situasi yang khusus. Untuk tujuan itu, buku ini menyediakan kepada khalayak pembaca pakej wuduk mazhab Hanafi dengan dalil yang ringkas sebagai panduan. Buku ini sesuai sebagai rujukan, panduan, dan pegangan kepada para guru pendidikan Islam; para pelajar Islam di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi; para pensyarah; dan khalayak umat Islam yang cintakan kesempurnaan dalam berwuduk.