Description
Pendidikan berasaskan Kemahiran atau TVET (Technical and Vocational Education and Training) merupakan pendidikan yang cukup meluas dan bersifat holistik. Justeru pengajaran kemahiran telah diguna pakai dalam pelbagai institusi dan disesuaikan dengan pelbagai konteks pendidikan. Antara institusi yang mengaplikasikan pengajaran TVET adalah Jabatan Penjara Malaysia atau Prison Department (JPM). TVET di penjara amat unik kerana diterapkan dalam Program Pembangunan Insan. Pelaksanaanya terbukti boleh diaplikasikan melalui penekanan aspek pembangunan nilai sosial dalam pengajaran dan pembelajaran, pemantapan pelaksanaan nilai sosial dan kerohanian, pendedahan dalam pendekatan integrasi ilmu, peningkatan penghayatan nilai sosial dan kerohanian serta pemerkasaan motivasi dan hala tuju yang jelas dalam kerjaya. Oleh itu, buku ini mengupas keberkesanan program latihan yang menggunakan Modul Latihan Pendekatan Holistik Pengajaran Kemahiran di Penjara (Modul Latihan PHPP) bagi mencapai tujuan yang telah dinyatakan. Kandungan modul latihan yang dibina sejajar dengan matlamat proses rehabilitasi banduan. Kesimpulannya, buku ini telah memberi gambaran transformasi model holistik, perencanaan kepada modul dan refleksi tahap kemampuannya dalam membangunkan profesionalisme holistik tenaga pengajar vokasional di penjara Malaysia.