Description
Pengantarabangsaan merupakan salah satu inisiatif universiti untuk menjadi salah sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, universiti telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh universiti di seluruh negara antaranya meningkatkan bilangan pelajar dan staf dari luar negara, menjalankan usaha sama antarabangsa, mengadakan seminar serta melaksanakan kurikulum bertaraf dunia. Buku ini mengemukakan dan membincangkan tentang konsep, rasional dan strategi pelaksanaan yang merangkumi enam strategi dan petunjuk pelaksanaan di universiti seluruh Malaysia seperti kemudahan, kolaborasi, kualiti pelajar, semakan kurikulum, kemahiran staf dan kerjasama dengan pihak luar juga dibincangkan dalam buku ini.